kerana dia seorang ibu
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu
bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil
tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu
menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel
itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma
seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang
lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu
normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu
yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada
si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan
pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar
cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun
tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu
terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat
melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu
pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji
kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak
mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat
jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat
keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya
ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas
si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.
Tunggulah, masanya akan tiba.”
“Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun
lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak
berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut
ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke
telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
Si anak kaku..
P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak
seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang
kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si
ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian
si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa
sahaja untuknya selagi ada masa.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan